Lebih dikenali sebagai Hasbul Brothers. Kami memulakan bisnes online sejak dari zaman universiti, sebelum mengasaskan blog dan majalah online keusahawanan No 1 Malaysia, iaitu MajalahNiaga.com pada Januari 2011.
Berpengalaman selama 7 tahun membantu syarikat-syarikat SME terutamanya jenama-jenama fesyen, produk kecantikan dan bisnes perkhidmatan yang memerlukan peranan ‘strategist’ untuk merangka strategi business growth, penjenamaan dan kempen pemasaran.
Selepas 7 tahun membantu syarikat SME dan berkongsi ilmu bisnes melalui blog MajalahNiaga.com, kami buat keputusan muncul secara ‘public’ dengan menganjurkan seminar pertama kami iaitu Seminar Marketing Bisnes Kecil.
Daripada pengalaman itu, kami membuka peluang kepada usahawan untuk menerima bimbingan eksklusif melalui program mentoring 1 tahun iaitu The Protege.
Hasil daripada program ini, kami dapati perubahan drastik, peningkatan luar biasa, dan ‘life changing experience‘ yang dialami oleh anak didik kami.
Ada anak didik kami mengalami kerugian RM2 juta, kini berjaya capai jualan konsisten RM3-4 juta setahun.
Ada yang bermula seorang diri dari rumah, kini mempunyai 15 orang ahli pasukan.
Ada yang bermula dari kesempitan hidup, kereta ditarik, pinjaman rumah tertunggak, dikejar Ah Long, kini berjaya punyai simpanan syarikat sebanyak 6 angka, walaupun dalam masa kurang 1 tahun.
Ada yang sudah 6 tahun berniaga , jualan tak pernah melepasi RM30,000 sebulan, simpanan semakin menyusut, dan hampir ‘give up’, kini berjaya capai jualan RM80,000-RM100,000 sebulan dalam masa tak sampai 7 bulan.